PENSIJILAN MSPO

PKPP Plantation Sdn Bhd dengan sukacita memaklumkan dua ladang di bawah pengurusan kami iaitu  Ladang PKPP Kemayan Bera dan Ladang PKPP Pamah Lebar telah memperolehi Standard Malaysia (MS) untuk Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia ()MSPO) pada 20 Disember 2018 bagi tempoh Dis 2018 Dis 2023.

Pensijilan kami di bawah MSPO adalah merupakan ladang pertama dibawah Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) yang memperolehi pensijilan MSPO.

MSPO telah dibangunkkan mengikut kehendak industri sawit Malaysia untuk keperluan skim pensijilan mampan bagi menembusi pasaran antarabangsa.

MSPO terkandung dalam 7 Prinsip yang merangkumi;-

        Komitmen dan Tanggungjawab Pengurusan,

        Ketelusan,

        Pematuhan Perundangan,

        Tanggungjawab Sosial, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan,

       Alam Sekitar, Sumber Semulajadi, Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem,

        Amalan Baik Perladangan dan

        Pembangunan Kawasan Baru.

Sebagai Standard Malaysia (MS) perlaksanaan secara wajib MSPO untuk semua pemain dalam industri ini memudahkan penerokaan, pengawalan sumber dan penjenamaan di pasaran untuk masa depan industry sawit Malaysia.

Adalah diharapkan menerusi MSPO negara dapat menambah lagi bahagian pasaran untuk minyak makan dan lemak dunia, apabila minyak sawit Malaysia di bawah MSPO adalah mempunyai kelainan dan jenama tersendiri dengan lain-lain pengeluar dunia. Iannya akan menjadi usaha kemampanan minyak sawit Malaysia sebagai usaha yang berterusan  dan pensijilan sebagai bukti komitmen pemain dalam industry ini.

PKPP Plantation Sdn Bhd telah memulakan usaha kearah pensijilan MSPO pada Januari 2018 dengan sasaran mencapai kelayakan pensijilan MSPO pada Disember 2018. Tarikh akhir ditetapkan kerajaan untuk semua pemain industry memperolehi pensijilan MSPO pada Disember 2019.

Alhamdulillah, usaha ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada 23 Disember 2018 PKPP Plantation Sdn Bhd telah dianugerahkan kelayakan sebagai syarikat layak diberi pengiktirafan Pensijilan MSPO.

 
" MSPO - TEKAD UNTUK GEMILANG "

 

PKPP Plantation Sdn. Bhd. memperolehi Pensijilan Minyak Sawit Mampam Malaysia (MSPO) 2018 - 2023 pada 20 Disember 2018.

  HUBUNGI KAMI
 

  PKPP Plantation Sdn. Bhd.
A 49, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Batu 3,
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : +6 09 531 9911       Fax : +6 09 531 9898
 

  Email : pkppplantation@pkppplantation.com.my
  PKPP Plantation Sdn. Bhd. 2019 | All Rights Reserved