pengurusan
SEJARAH PENUBUHAN

PKPP Plantation mula beroperasi pada 1 hb April 2017. Dahulunya dikenali sebagai LKPP Timber Sdn Bhd dan menukar nama kepada PKPP Plantation Sdn Bhd pada 9 Februari 2017. LKPP Timber Sdn Bhd ditubuhkan pada 04 April 1995. Syarikat ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).

PKPP Plantation Sdn Bhd bermula dengan kepercayaan yang diberi oleh PKPP untuk mengurus 2 ladang milik PKPP iaitu Ladang PKPP Kemayan Bera dan Ladang PKPP Pamah Lebar. Kedua ladang ini telah diambil alih pengurusan daripada Astral Asia Plantation Sdn Bhd.

PKPP Plantation Sdn Bhd kini melangkah untuk memastikan pengurusan ladang-ladang PKPP diurus pada tahap kualiti pengurusan terbaik untuk pencapaian keuntungan dan daya maju syarikat. Selanjutnya dengan pembukaan ladang-ladang baru PKPP seperti Ladang PKPP Sg. Machang dan lain-lain rizab tanah PKPP akan memberikan prospek untuk perkembangan masa depan syarikat.

" MSPO - TEKAD UNTUK GEMILANG "

PKPP Plantation Sdn. Bhd. memperolehi Pensijilan Minyak Sawit Mampam Malaysia (MSPO) 2018 - 2023 pada 20 Disember 2018.

HUBUNGI KAMI

PKPP Plantation Sdn. Bhd.
A 49, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Batu 3,
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : +6 09 531 9797       Fax : +6 09 531 9898

Email : pkppplantation@pkppplantation.com.my
PKPP Plantation Sdn. Bhd.© 2019 | All Rights Reserved